Shopping Cart

No products in the cart.

Kanta Lekap Separa Keras (GP)

Kanta lekap separa keras adalah sejenis kanta lekap yang diperbuat daripada bahan yang lebih tegar (rigid). Kanta lekap ini direka khas mengikut bentuk kornea, jadi penglihatan pemakai akan lebih jelas dan stabil. Kanta lekap ini memberi penglihatan yang lebih jelas, mengekalkan kesihatan kornea, tahan lama dan mudah untuk dicuci. Ia sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Kanta lekap ini sesuai untuk individu yang mempunyai kadar miopia (rabun jauh) yang tinggi, astigmatisma tinggi, multifokal, individu yang mempunyai masalah kornea mata seperti keratoconus, dan sebagai kawalan miopia.

Penggunaan dan penjagaan kanta lekap GP adalah tidak sama dengan kanta lekap lembut. Ia memerlukan cecair cucian dan rendaman yang berbeza. Untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan kanta lekap GP, kunjungi kami di Vantage Vision Care. Kami ada peralatan terkini untuk membuat ukuran kanta lekap anda.

optometrist, RGP
Kornea (3D)
Kornea dari sisi
Kornea dari sisi
Rose K, keratokonus, OrthoK, orthokeratologi
Kanta lekap GP
GP, RGP, kanta lekap, keratokonus
Kanta Lekap Separa Keras (GP)