Shopping Cart

No products in the cart.

Optometris kami

Christina Tan, Optometris Malaysia
Cik Christina Tan, Optometris

Cik Christina Tan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Optometri (HONS) daripada Universiti Teknologi Antarabangsa TwinTech. Pada tahun prasiswazah beliau, beliau menjalani latihan klinikal di hospital kerajaan & swasta di Malaysia dan Chennai, India.

Semasa bertugas di pusat pakar mata, beliau terdedah kepada pelbagai masalah mata. Beliau kemudian mula meminati penglihatan kanak-kanak.

Untuk mencabar dirinya sendiri, beliau memohon jawatan sebagai perunding kanta lekap. Jawatan ini memerlukan pengetahuan yang kukuh mengenai kanta lekap baik dalam praktikal dan pembuatan. Beliau juga dihantar ke Hong Kong untuk menjalani latihan intensif Orthokerotology (Ortho-K) di bawah pereka kanta Ortho-K.

Selepas beberapa tahun bekerja dalam pelbagai cabang optometri, beliau memulakan praktis sendiri pada tahun 2015. Minat beliau adalah dalam penjagaan mata kanak-kanak dan pemeriksaan kanta lekap spesial.

Kini beliau merupakan Setiausaha Kehormat Persatuan Optometris Malaysia (Association of Malaysian Optometrist, AMO). Beliau adalah Optometrist berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.