Shopping Cart

No products in the cart.

Saya ada rabun warna. Adakah anak saya juga berpotensi untuk rabun warna?

Rabun warna disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor keturunan (hereditary) atau acquired, kesan daripada penyakit mata atau pengambilan sesetengah ubat.

Rabun warna yang berpunca daripada keturunan menyebabkan kesukaran membezakan warna hijau dan merah dan ini berlaku perubahan pada gen reseptor merah-hijau pada kromosom X. Rabun warna ini lebih kerap berlaku kepada anak lelaki kerana lelaki memiliki satu kromosom X, manakala perempuan mempunyai dua kromosom X, dan rabun warna hanya berlaku pada perempuan sekiranya kedua-dua kromosom X yang berubah.

Seorang ayah yang normal dan seorang ibu pembawa (satu kromosom X normal, satu kromosom X berubah) boleh menyebabkan anak lelaki mendapat rabun warna, manakala anak perempuan berkemungkinan pembawa. Sekiranya ayah rabun warna dan ibu adalah pembawa, anak perempuan berisiko untuk dapat rabun warna.

Sekiranya anda mempunyai saudara mara atau ahli keluarga yang mempunyai masalah rabun warna, segeralah bawa anak anda jumpa optometris untuk membuat ujian penglihatan warna.

malchris
malchris
Articles: 41

Leave a Reply