Shopping Cart

No products in the cart.

Ortho-K

Orthokeratologi (ortho-k) adalah sejenis kanta lekap separa keras khas yang hanya dipakai pada waktu malam atau ketika tidur. Kanta lekap ini bertujuan membentuk permukaan pada depan mata iaitu kornea bagi menghilangkan refraksi mata, jadi pemakai dapat melihat secara jelas pada keesokan harinya. Hanya kanta lekap separa keras yang mempunyai kadar transmisi oksigen yang tinggi dan diluluskan untuk pemakaian semalaman boleh digunakan sebagai ortho-K.

Ortho-k (2)Fungsi ortho-K:

  • Membetulkan refraksi mata
  • Untuk melambatkan perkembangan myopia kanak-kanak

Kelebihan Ortho-K adalah:

  • Kanta lekap ortho-K adalah prosedur yang tidak memerlukan sebarang pembedahan dan tidak mendatangkan risiko yang berkaitan dengan pembedahan mata.
  • Kesan penggunaan ortho-K boleh diterbalikkan jika pesakit berhenti memakai kanta Ortho-K.
  • Tidak perlu memakai cermin mata atau kanta lekap

Sesuai untuk :

  • Kanak-kanak dengan myopia yang sering meningkat
  • Orang dewasa dengan gaya hidup aktif.
  • Orang dewasa yang tidak sesuai untuk LASIK.

Individu yang sesuai untuk memakai ortho-K:

  • Rabun jauh (myopia) tidak lebih daripada -7.00
  • Silau (astigmatisma) tidak lebih daripada -4.00
  • Lain-lain (hasil daripada keputusan pemeriksaan awal mata)

Untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan, sila hubungi Vantage Vision Care Optometrist di + 603-7832 6779 atau e-mel kepada kami di info@vantagevisioncare.com