+60378326779 31-1, Jalan Elektron D U16/D, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Bagaimana untuk membuka kanta lekap anda

Langkah yang betul untuk membuka kanta lekap

  1. Basuh tangan dengan sabun dan keringkan tangan.
  2. Sentiasa buka kanta lekap yang sama terlebih dahulu.
  3. Pegang dan tahan kelopak mata atas anda supaya mata anda tidak berkedip.
  4. Gerakkan kanta lekap anda ke bahagian putih mata.
  5. Kemudian cubit kanta lekap dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. (* Jangan gunakan kuku anda)
  6. Cuci dan gosok kanta lekap dengan menggunakan larutan pencuci kanta lekap yang disarankan.
  7. Bilas kanta lekap dengan larutan pencuci dan simpan dalam bekas kanta lekap.
  8. Ulang langkah nombor 3 hingga 7 pada mata sebelah.

Jika anda memerlukan sebarang nasihat mengenai cara membuka dan menjaga kebersihan kanta lekap yang betul, hubungi kami untuk temujanji. Kanta lekap yang berbeza memerlukan penjagaan yang berbeza.

Amalan penjagaan dan kebersihan kanta lekap yang betul memerlukan pengetahuan yang betul.